~KEHIDUPAN ITU INDAH~

Monday, February 6, 2012

HOUSE BOAT TASIK KENYIR



PAKEJ HOUSE BOAT TASIK KENYIR


Kami menyediakan House Boat kepada semua pengunjung Tasik Kenyir dengan pakej-pakej menarik.

Aktiviti di TASIK KENYIR:

  1. MEMANCING
  2. BERIADAH BERSAMA KELUARGA
  3. MENGEMBARA/TRACKING


PAKEJ A:

3 HARI 2 MALAM (RM340/HEAD)

  • Minimum: 10 orang, Maksimum: 15 orang.
  • Makan dan minum untuk 5 kali sehari.
  • Sekiranya hendak ke Taman Negara tambahan RM3 untuk permit (seorang) dan RM10 per pancing (seorang)
PAKEJ B:

3 HARI 2 MALAM (RM1850/BOAT)

  • Maksimum 15 orang.
  • Makan/Minum tidak disediakan. Dapur dan peralatan masak disediakan.
  • Sekiranya hendak ke Taman Negara tambahan RM3 untuk permit (seorang) dan RM10 per pancing (seorang)
PAKEJ C:

2 HARI 1 MALAM (RM1050/BOAT)

  • Maksimum 15 orang
  • Makan/Minum tidak disediakan. Dapur dan peralatan masak disediakan.
  • Tidak boleh ke Taman Negara, tetapi boleh ke Lubuk pemancing serta Air Terjun sekitar Tasik Kenyir

TEMPAT NAIK: 
Jeti Stesen Janakuasa Elektrik TNB Sultan Mahmud 






Sekiranya berminat sila berhubung melalui Emel untuk maklumat lanjut:

aimanjkas@gmail.com
(No. Telefon akan diberikan selepas emel anda dibalas)

SYABAS HULU SELANGOR MENAWAN LUBUK DI TASIK KENYIR

INFO


Sebut sahaja Tasik Kenyir mesti terbayang didalam benak fikiran kita lubuk untuk kaki pemancing. Sebenarnya bukan sahaja aktiviti memancing yang boleh dilakukan disini. Antara aktiviti lain yang boleh dilakukan bersama seperti mandi-manda, tracking, camping dan outing for photographer.


Team SYABAS H/S seramai 8 orang dan 1 orang bekas pekerja telah berjaya menakluk Lubuk Ikan di Tasik Kenyir. Dengan kejayaan mereka wajarlah digelar Hulu Balang yang gagah perkasa oleh orang lain.


PERJALANAN KAMI


Team kami telah memulakan perjalanan pada 3/2/2012 (malam) daripada Kuala Kubu Bharu dan sekitarnya untuk ke Tasik Kenyir. Kami memilih laluan Batang Kali-Genting dan kemudiannya LPT sehingga Jabor sebelum memasuki Jalan Lama Ke Kuala Berang. Tiba di awal pagi tidak mematahkan semangat kami untuk bersolat subuh sebelum menikmati juadah Sarapan Pagi.


Selepas selesai menjamah juadah Sarapan Pagi, kami menuju ke Jeti di Empangan Hidroelektrik Sultan Mahmud milik TNB. Dengan kegarangan PoliS Bantuan mereka tidak dibenarkan sama sekali rakaman foto diambil disini. Walaubagaimanapun dengan kecekapan anggota kumpulan kami, beberapa shoot berjaya diambil disini.


Bot kami telah tiba pada jam 900am. Selepas penat memunggah barangan ke dalam bot. Bot kami dihidupkan. Walaubagaimanapun setelah 2 minit bergerak, bot kami mengalami kegagalan mekanikal pada sistem enjin HINO versi Treler. Puas Tekong kami dengan jolokan Mat Kuala membaiki dan beberapa Nelayan Tegar turut serta membaik pulih. Selepas disiasat rupanya Fuel Pump telah rosak. Tekong terus pergi menukar dan membeli yang baru di Kuala Berang dan kembali memasangnya dengan bantuan Chief Foremen Boat Tasik Kenyir.


Setelah 3jam terkandas, bot kami berjaya dihidupkan dan perjalanan ke Lubuk diteruskan. Lubuk kami hanyalah di Air Terjun Lasir. Tatkala itu Ketua Tukang Masak Elit dengan bersungguh menyediakan juadah makanan kepada semua.


Setibanya di Air Terjun Lasir. Aku dan Shazren tanpa melengahkan masa terjun ke tebing curam untuk ke Air Terjun yang sungguh indah dan menyejukkan. Aktiviti mengambil gambar dan terjunan tiruk diadakan di air Terjun Lasir. 


Kepada kaki pemancing seperti Farid,Atan, Sapari dan Elit mereka semua sibuk dengan gajet pancingan yang mahal untuk mencuba nasib di tasik ini. Walaupun tidak mendapat ikan yang melebihi  2Kg, banyak ikan yang mereka tawan.


Bagi mereka yang Kaki Mengembara pula seperti AKU, SHAZREN, SALEH, AZZARUL & ALONG kami semua pergi bersukaria dengan menggunakan bot kecil yang terpaut pada bot besar. Masa ni lah kami dapat menghirup udara segar dan dapat melupakan segala bebanan kerja yang bermain difikiran kami.


Setelah 2 hari 1 malam pengembaraan kami, kami pulang ke daratan dengan hati yang berat untuk meninggalkan keindahan Tasik ini. Diharapkan pada masa akan datang kami berkesempatan untuk ke sini lagi.



ANGGOTA PENGEMBARA TSIK KENYIR 2012



  1. Elit- Ketua Pengembara/Ketua Chef/Pemancing pro
  2. Aiman- Pengembara Tegar
  3. Shazren- Pengembara Tegar
  4. Saleh- Photographer/Pengembara Tegar
  5. Sapari- Pemancing Pro
  6. Atan- Pemancing Pro
  7. Along- Pengembara Tegar/Pemancing 
  8. Azzarul- Pengembara Tegar/Pemancing
  9. Farid-Pemancing Pro
Diharapkan kita dapat lagi membuat aktiviti sebegini lain kali.

Sekian.

Nukilan Ikhlas:

NOOR AIMAN B SAMSUDIN
6 FEB 2012