~KEHIDUPAN ITU INDAH~

Friday, December 30, 2011

MEMANCING DI TASIK KENYIR






Salam rakan-rakan blog ku,

Sekiranya ada peminat dan kaki pancing yang nak pergi memancing dekat tasik kenyir bolehlah menghubungi saya untuk pakej yang menarik seperti berikut:

Dengan tukang masak:

3D2N- RM350 per head (minimum 10 orang, max 15 orang)

Tanpa tukang masak:

3D2N- RM1850 per boat


Sekiranya ingin maklumat lanjut sila berhubung dengan saya melalui email sahaja

aimanjkas@gmail.com

RASA MAS memakan bersama isteri




30.12.2011


Hari ni my lovely wife nak makan rasa mas. Jadi sang suami pun pergi belanja buah hati nya dekat rasa mas giant batu caves.

Nanti dah okey, kita makan lagi best yer..hehhehehe

Tuesday, December 27, 2011

ALVIN DAN SI TUPAI SENGAL 3









26.12.11

Hari ni aku teringin sangat tgk wayang bersama si isteri ku yang tercinta. Maka search lah internet nak tgk cite alvin n chipmunk 3 ni sebab bini saya teringin nak tgk. Search punya search byk dah full xcept Wangsa walk. 330pm pon mulalah crita kanak2 yang sgt menyeronokkan .

Alvin n the geng pegi bercuti naik kapal ala2 star cruise, masa dlm perjalanan atas kapal ni si alvin ni memang lah sengal dgn aksi2 pelek beliau. Kemudian depa main dgn layang2 lalu teterbang ke sebuah pulau gunung berapi. Tuan die dave dan ian pon turut serta mencari dieorang ni. Masa dekat pulau ni lah byk plot2 pengembaraan sampailah depa jumpa tuan mereka sebelum meletup gunung berapi.

Pengajaran:
Walaupun citer katun tapi banyak pengajaran gak mcm teamwork dan jgnlah degel2.

hahahhaha

okey lah .

bye...


AIMAN

HoMe mAdE wEsTeRn DieT DinneR



Salam,

HAri Ni Chef Man (nama timangan aku masa jadi chef kat dapur tadi) telah berjaya mencipta satu resipi diet yang terkini.

Bahan-bahan Masak:

Sebiji telur ayam
Sekeping Daging Burger Ayam
Sekeping Keju
Sekeping Hot dog
Sedozen Kentang

Cara-cara Memasak:

1. Panaskan kuali ye dengan planta, ingat jgn guna minyak masak sbb berlemak
2. Goreng lah berger dan hotdog
3. Letak sedikit lada hitam
4. Angkat berger dan hotdog tersebut.
5. Goreng pulak telur dan masukkan berger tersebut ditengah.
6. Lepas dah siap hot dog dan berger, panaskan guna oven kentang segera tersebut selama 3.20minit sahaja.
7. BUKA MULUT dan MELANTAK LAH DENGAN JAYAnya....


hehehehhe, sekian rancangan minggu ini..

Salam Sayang dari

CHEF MAN

Sunday, December 11, 2011

DAULAT TUANKU




Al-Wathiqu Billah, Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah

PATIK SEBAGAI RAKYAT JELATA BERTERIMA KASIH KE ATAS TUANKU KERANA MENTADBIR URUS NEGARA INI DENGAN JAYANYA SELAMA 5 TAHUN.

DAULAT TUANKU.......

Saturday, December 10, 2011

BENDERA SYABAS GAH DI PUNCAK PINE TREE HILL BKT FRASER



























Salam semua Warga Malaysia,

Hari ni saya nak cerita mengenai Laluan Tracking terhebat rasanya di Malaysia iaitu Pine Tree Hill Trail dekat Bukit Fraser. Pine Tree Hill ni sebenarnya sebuah gunung dengan ketinggian 1.5km daripada aras laut. Permulaan laluan tracking ini bermula di akhir JALAN HIGH PINES ROAD dengan jarak perjalanan tracking sejauh 5.5km.

LALUAN TRACKING


Sepanjang laluan tracking, kita semua boleh menikmati pemandangan indah Hutan Berlumut, angin sepoi-sepoi bahasa, ranting-ranting pokok yang besar, akar-akar pokok membentang laluan dan cerun-cerun batuan yang agak curam iaitu 60-70 darjah terutamanya di akhir perjalan sebelum sampai puncak.

KEMBARA SYABAS HULU SELANGOR


Semalam 10 December 2011, pasukan hebat (seramai 12 orang + 2 pengiring) daripada KEMBARA SYABAS Hulu Selangor telah menyahut cabaran bagi menakluk puncak PINE TREE HILL. Berikut travel log xpdc hebat ini:

800am Perasmian oleh Tuan Hj Abd Latip Mustafa (Ketua Wilayah SYABAS Hulu Selangor)
830am Bertolak menuju Bukit Fraser
930am Tiba di FRaser Hill Garden Food Court
945am Breakfast
1000am Taklimat dan streching beserta Doa
1015am Bermula Tracking
1230tgh Di pertengahan laluan tracking, seorang peserta injured dan berpatah balik
130pm Pasukan pertama tiba di puncak
215pm Pasukan kedua tiba di puncak
230pm Pasukan ketiga tiba di puncak
245pm Aktiviti santai dan makan ringan di puncak
300pm Aktiviti foto dan mengibarkan bendera SYABAS di puncak
330pm Bertolak kembali
530pm Pasukan pertama sampai (2 orang)
550pm Pasukan Injured (3 orang) tiba di garisan permulaan
600pm Pasukan kedua tiba (3 orang)
630pm Pasukan terakhir tiba (4orang)
730pm Makan malam di Bkt Fraser Garden Food court
900pm Tiba di Pusat operasi


Perjalanan tracking pergi balik mengambil masa lebih kurang 7jam-8jam.


Kesimpulan:

Pendakian dan tracking di sini amat memberikan keseronokan yang tidak terhingga dan pengalaman berharga kepada kami dan dapat mengeratkan lagi ikatan persaudaraan di kalangan PERWIRA-PERWIRA berharga SYABAS Hulu Selangor. Harap berjumpa lagi.

NOTIS PENTING
KEPADA MEREKA YANG INGIN TRACKING DISINI HENDAKLAH DI DALAM BERKUMPULAN KERANA TERDAPAT BANYAK CABARAN DAN HALANGAN YANG HEBAT MENANTI ANDA SEKALIAN.

Saturday, December 3, 2011

Kisah Perbezaan Hospital Kerajaan dan Swasta

4.12.12

Hari ni aku , biniku dan ayah mertuaku pergi melawat pak sedara yang tgh sakit akibat stroke di Hospital KPJ Damansara. Kenapa beliau ditempatkan di sini? Sebab lewatnya tindakan atau rawatan dari hospital kerajaan. Aku rasa isu ni dah lama dibangkitkan oleh org ramai. Bagi aku hospital kerajaan masih berada pada takuk lama servis nya. LEMBAB dan x efisyen langsung.
Maka aku syorkanlah kpd yg terlibat tingkatkanlah mutu perkhidmatan. Org yang betul sakit kenapa tidak dirawat? Alasan kurang doktor tak bleh diterima langsung sbb aku tgk kat universiti bersepah je jurusan doktor belum lg oversea tambah yg swasta. Doktor lari mungkin sebab gaji rendah jadi silalah bg mereka gaji setimpal.

Hospital KPJ Damansara

Terletak di ss20/10 damansara utama , merupakan sebuah hospital swasta yang terkemuka di malaysia yang mempunyai pakar pakar yang berwibawa. Secara peribadi sy merasakan perkhidmatan semua KPJ pada tahap cemerlang dan servis terbaik.

ThE CuRve @ MutIara Damansara














3.12.12
Hari ni sabtu, maka dengan itulah diri ini tidak bekerja . kepada rakan yang bekerja seperti biasa aku ucapkan BEKERJALAH ANDA SEPERTI BANGLA..hahhahahahaha. Spontan dengan cuti ini aku dan wife ku mengambil kesempatan untuk bersantai di bandar raya nan indah ni.

Maka berikut adalah aktiviti ku dekat area the curve :
1- Tgk Movie @ Cathay Cineplex criter PUSH IN BOOTS
2- Dancing with the CHIPMUNK LINE UP. (hahahah)
3- Shopping At Ikano Power Center Brands Outlet and PADINI.
4- Beli Rajtan 13 kotak untuk hadiah kawen sepupu isteri.


PUSH IN BOOTS


Cerita ni memang kelakar giler. Crite kartun ni mengisahkan kisah kehidupan seekor kucing yatim dan telur pelik yang boleh bercakap menjadi pencuri untuk glamer. Imiginasi si telur sengal nak tanam 3 biji kacang hijau untuk ke langit tercapai dan dieorang curik plak angsa bertelur emas. Buat balik angsa tu kat kampung dieorang lalu ada sikit aksi kejar mengajar dengan mak angsa. Nak tahu lagi sila tengok kat panggung dan jangan piratekan citer ni.

CHIPMUNK

15 december ni pulak akan ada kartun baru The Chipmunk 3, dieorang dah buat promo. seronok gak tengok promo ni 3 ekor tupai menari kat atas stage.hahahahhaha

PANINI CONCEPT STORE n BRANDS OUTLET


aktiviti menyopping kat sini memang besh sebab sale sampai 70%, maka aku dengan isteri membeli belah lah baju sepasang dua. Yang penting murah dan lawa. maka duit pon lawa lah masa nak bayar tu. Pengajaran: Jangan membeli belah ketika sale 70%, kalau harga biasa konferm korang tak beli, maka duit juga tak keluar. JIMAT

Friday, December 2, 2011

BANJIR KILAT & KAJANG







2.12.11




Seperti hari bekerja biasa, aku keluar pergi pejabat se"awal" jam 800pagi dan mengambil masa lebih kurang 4ominit dari Seri Gombak ke Kuala Kubu Bharu. Selepas solat jumaat @ Masjid KKB Hujan kuat melanda dan mendapat info ada town dekat klang valley tenggelam.

Bandar KAJANG tenggelam? hahhahahha. masa dulu time study nilah bandar terhampir dgn UKM untuk melepak. Sebab bandar kajang ni ada satay, ada parkson, ada plaza metro kajang, ada tesco kajang dan ada bundle bundle.

Jadi balik rumah tengok berita bandar kajang tenggelam terus tersentak sbb tak sangka pulak seteruk begitu.

Daripada sudut pemahaman seorang Jurutera Awam seperti aku, punca utama adalah disebabkan sistem perparitan kurang dan paling utama tidak diselenggara dengan baik oleh PBT. Siapakah PBT bdr Kajang? hehehehehe. tapi aku tahu kenapa susahnya PBT nak jalankan kerja sebab utama adalah PERUNTUKAN KEWANGAN.

Masa aku praktikal di salah sebuah PBT Selangor masalah peruntukan adalah punca utama. lagi lagilah sekarang ni Negeri lain kapten, pusat pulak lain kapten. Jadi mangsa adalah orang ramai seperti kita.

Jadi fikirlah rakan2 sekalian, POLITIK Malaysia tak best langsung sebab asyik nak gaduh jer. sebagai pemuda Malaysia tanpa ideologi politik memihak mana2 berharap agar perkara BANJIR KILAT ini dapat ditangani secara langsung pihak berwajib.

Sekian, terima kasih

AIMAN SI ARJUNA


Sedikit info bagaimana hendak ke kajang menggunakan public transport dari KL:

KTM KOmuter: Laluan Tg Malim-Rawang-KL sentral-Kajang- Seremban
BAS RAPID KL: KL PASAR SENI-KAJANG (Laluan bas U40)
BAS Sri indah Jaya : KL KOTARAYA-KAJANG