~KEHIDUPAN ITU INDAH~

Sunday, August 5, 2012

PASAR PASIR PENAMBANG KUALA SELANGOR

KUALA SELANGOR- Pada 4/8/2012 WWU 4571 telah melabuhkan kereta di Kuala Selangor.Mengapa? Sebab nak ambil stok krepek dekat Sabak Bernam. Maka masa OTW balik singgah sebentar di PASAR PASIR PENAMBANG.


LOKASI
Terletak didalam daerah Kuala Selangor dan merupakan kawasan perkampungan cina. Selain pasar disini juga terdapat Restoran Makanan Laut Seafood yang banyak. Tapi yang paling syok ada tepi Sg Selangor.

APA YANG MENARIK?
Di Pasar Pasir Penambang ni anda boleh mendapatkan pelbagai jenis hasil tangkapan laut yang segar bugar dengan harga yang berpatutan. Try lah Kerang Berbulu yang agak besar dan banyak isinya. Selain tu , sayur-sayuran dan buahan juga ada disini.


MACAMANA MAHU PERGI?


Jika anda berkereta dan dari Kuala Lumpur sila guna LATAR EXPRESSWAY (RM6=3 tol) keluar IJOK (Last Exit) dan terus ikut arah ke Kuala Selangor. Selepas pekan Kuala Selangor anda akan jumpa dengan sebuah jambatan Sg Selangor dan dalam 500m ada simpang masuk kiri (Selepas Jambatan Timbang JPJ).

Kalau nak try naik public transport cari bas ke Kuala Selangor dan ambil teksi dari pekan ke sini. Berikut senarai bas yang ke Kuala Selangor:


  • Selangor Bus (Dari Puduraya/Medan Pasar)
  • City Liner (Dari Bandar Klang)
  • SPT Ekspres (Dari Pudu Raya)


Sotong-Sotong yang agak fresh

Ketam2 pon ada

Pelbagai jenis ikan laut

Ikan Merah yang banyak tulang


Kepah-kepahan

ada kerang berbulu dan tanpa bulu

inikah kepah hitam?


No comments:

Post a Comment