~KEHIDUPAN ITU INDAH~

Monday, January 23, 2012

KEMBARA TERENGGANU: AIR TERJUN SEKAYU

INFO SEKAYU
Sekayu merupakan salah sebuah tempat peranginan terkenal di Negeri Terengganu dan Malaysia. Di sini pengunjung boleh menikmati panorama yang cukup indah berlatar belakangkan hutan rimba dan air sungai serta air terjun yang jernih. Terdapat juga di sebelah Air Terjun Sekayu Taman Pertanian yang menyajikan pelbagai jenis buah-buahan tempatan.
CARA KE AIR TERJUN SEKAYU
KERETA PERSENDIRIAN
Sekiranya anda dari KL/Kuantan, anda bolehlah keluar di Tol LPT Jabor dan masuk melalui Jalan Jabor Jerangau. Selepas Bukit Besi anda masuk ke kiri melalui LPT 2 dan keluar di Exit Ajil. Dari Ajil signboard tersedia untuk ke lokasi ini.
Jika anda dari Ktganu, gunakan jalan Ktganu-KBerang untuk kesana didalam lingkungan 56KM sahaja (Jalan sudah cantik 2 lorong).
BAS EKSPRES
Terdapat bas ekspres yang menyediakan laluan sehingga ke Kuala Berang(untuk ke Sekayu gunakanlah teksi/prebet sapu dari stesen bas):
1. Ekspres Tasik Kenyir (KL Hentian Putra-K/Berang-Tasik Kenyir) dan (Utara-K/berang-Tasik Kenyir)
2. Ekspres Mega Jaya (KL Hentian Putra-K/Berang-Ktganu)
3. Cepat Ekspres (J/B-Segamat-M/Shah-Kuantan-Ktganu-K/berang)
KEMUDAHAN
1- Surau
2- Bilik Persalinan dan tandas
3- Chalet (terdapat 25 buah chalet yang diuruskan oleh Jab Perhutanan)
Tropical Resort Jalan Chalet MBHT, Kawasan Pelancongan Sekayu, 21700 Kuala Berang, Hulu Terengganu, Terengganu Tel: 09-8730541 Faks: 09-8730542
4- Parking Lot
5- Tapak perkhemahan
BAYARAN
KERETA - RM1/SEBUAH
MOTO- FREE

No comments:

Post a Comment