~KEHIDUPAN ITU INDAH~

Sunday, January 22, 2012

KEMBARA TERENGGANU: PANTAI PANDAK

PANTAI PANDAK
Kedudukan strategik pantai ini di kawasan Chendering memang memukau penduduk setempat dan luar untuk berkunjung ke sini. Mudah saja nak ke sini. Jika anda dari arah KUANTAN/KL anda hanya masuk ke kanan selepas traffic light Balai Polis Chendering dan jika anda dari KTGANU/KBHARU anda bolehlah masuk ke kiri. (Jangan risau, signboard ada).
APA YANG ADA DISINI?
1- Panorama yang mengasyikkan dengan terdapat trademark iaitu 2 pohon kelapa di kawasan berbatuan.
2- Kawasan berbatuan di tepian pantai.
3- Pantai berbentuk seperti U.
4- Boleh mandi manda tapi jika musim air pasang janganlah mandi nanti kena tarik.
KEMUDAHAN DISINI
Memandangkan pantai ini terletak berhampiran dengan bandar KTGANU maka chalet tiada disini. Namun terdapat gerai-gerai makanan/minuman (yang syoknyer air kelapa) terdapat di sini.
NOTA:
Kepada mereka yang berkahwin dan ingin membuat photo shoot. disinilah antara tempat yang sesuai (sbb aku buat kat sini)

No comments:

Post a Comment