~KEHIDUPAN ITU INDAH~

Saturday, December 10, 2011

BENDERA SYABAS GAH DI PUNCAK PINE TREE HILL BKT FRASER



























Salam semua Warga Malaysia,

Hari ni saya nak cerita mengenai Laluan Tracking terhebat rasanya di Malaysia iaitu Pine Tree Hill Trail dekat Bukit Fraser. Pine Tree Hill ni sebenarnya sebuah gunung dengan ketinggian 1.5km daripada aras laut. Permulaan laluan tracking ini bermula di akhir JALAN HIGH PINES ROAD dengan jarak perjalanan tracking sejauh 5.5km.

LALUAN TRACKING


Sepanjang laluan tracking, kita semua boleh menikmati pemandangan indah Hutan Berlumut, angin sepoi-sepoi bahasa, ranting-ranting pokok yang besar, akar-akar pokok membentang laluan dan cerun-cerun batuan yang agak curam iaitu 60-70 darjah terutamanya di akhir perjalan sebelum sampai puncak.

KEMBARA SYABAS HULU SELANGOR


Semalam 10 December 2011, pasukan hebat (seramai 12 orang + 2 pengiring) daripada KEMBARA SYABAS Hulu Selangor telah menyahut cabaran bagi menakluk puncak PINE TREE HILL. Berikut travel log xpdc hebat ini:

800am Perasmian oleh Tuan Hj Abd Latip Mustafa (Ketua Wilayah SYABAS Hulu Selangor)
830am Bertolak menuju Bukit Fraser
930am Tiba di FRaser Hill Garden Food Court
945am Breakfast
1000am Taklimat dan streching beserta Doa
1015am Bermula Tracking
1230tgh Di pertengahan laluan tracking, seorang peserta injured dan berpatah balik
130pm Pasukan pertama tiba di puncak
215pm Pasukan kedua tiba di puncak
230pm Pasukan ketiga tiba di puncak
245pm Aktiviti santai dan makan ringan di puncak
300pm Aktiviti foto dan mengibarkan bendera SYABAS di puncak
330pm Bertolak kembali
530pm Pasukan pertama sampai (2 orang)
550pm Pasukan Injured (3 orang) tiba di garisan permulaan
600pm Pasukan kedua tiba (3 orang)
630pm Pasukan terakhir tiba (4orang)
730pm Makan malam di Bkt Fraser Garden Food court
900pm Tiba di Pusat operasi


Perjalanan tracking pergi balik mengambil masa lebih kurang 7jam-8jam.


Kesimpulan:

Pendakian dan tracking di sini amat memberikan keseronokan yang tidak terhingga dan pengalaman berharga kepada kami dan dapat mengeratkan lagi ikatan persaudaraan di kalangan PERWIRA-PERWIRA berharga SYABAS Hulu Selangor. Harap berjumpa lagi.

NOTIS PENTING
KEPADA MEREKA YANG INGIN TRACKING DISINI HENDAKLAH DI DALAM BERKUMPULAN KERANA TERDAPAT BANYAK CABARAN DAN HALANGAN YANG HEBAT MENANTI ANDA SEKALIAN.

No comments:

Post a Comment